Wednesday, July 6, 2011

KEJUARAAN MILIK KELANTAN

Setelah berhempas pulas menghadapi perlawanan dalam perebutan juara liga super....
Akhir nya menjadi milik pasukan dari negeri Cik Siti Wan Kembang...negeri Serambi Mekah...negeri yang kaya dengan semangat kesukanan. JUARA LIGA SUPER menjadi milik Kelantan. 
Piala Liga Super
Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Anuar Musa kerana telah merealisasikan impian penyokong The Red Worriors, setelah kita kempunan untuk merangkul Piala FA. Piala Liga Super adalah pengubat luka bagi penyokong setia The Red Worriors yang kehilangan Piala FA yang telah dimenangi oleh negeri jiran kita Terengganu Darul Iman. Pasukan dari pantai timur telah menguasai persada liga dengan terenggani menduduki tempat ke-2 mengatasi Selangor. 

Carta terakhir Liga Super
Tahniah juga diberikan kepada pasukan Terengganu kerana menjadi Juara Piala FA. TRW juga telah member persembahan yang menakjubkan bagi merealisasikan impian untuk menjadi Juara Liga Super. Sekarang kita perlu fokus bagi mempertahankan Piala Malaysia tetap menjadi milik skuad The Red Worriors. Saya berbangga menjadi rakyat Kelantan......berbangga dibawah pemerintahan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz yang memerintah Kelantan. 
Peluang Terbaik Red Warriors
Skuad The Red Worriors

No comments:

Post a Comment