setelah penantian 14 tahun setelah kalah kepada Thailand pada tahun 1996....semasa penganjuran pertama yang dulunya dikenali sebagai Piala Tiger....telah menjadi milik Malaysia.....setelah menumpaskan Indonesia..melalui agregat 5-2....walaupun kalah di Indonesia. 2-1..kita juara melaui agregat 5-2 itu....semangat Malaysia boleh harus dijadikan pembakar semangat kepada semua rakyat Malaysia.....tahniah diucapkan kepada jurulatih negara K.Rajagopal kerana telah menaikkan semangat bola Malaysia....teima kasih juga kepada pemain Malaysia yang menunjukkan kematangan dalam arena bola sepak...umum tahu bahawa bola sepak adalah sukan nombor 1 di Malaysia....malahan di dunia....walaupun ranking Malaysia....agak teruk....tapi dengan persembahan anak buah Rajagopal...telah meletak Malaysia sebagai kuasa baru di Asia Tenggara....Malaysia telah menempuh pelbagai rintangan untuk mencapai matlamat itu...
Walaupun Malaysia kalah kepada Indonesia pada peringkat kumpulan...skuad Malaysia telah membuktikan kemampuan mereka....Indonesia hanya boleh menang jika hanya bermain di stadium keramat mereka...iaitu Stadium Gelora Bung Karno.....
Syabas bagi skuad Malaysia kerana telag menumpaskan Indonesia bagi merampas Piala Suzuki AFF....
MALAYSIA BOLEH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Wednesday, December 29, 2010
Thursday, December 16, 2010
semangat bola.....
malaysia langkah kanan setelah menewaskan juara bertahan vietnam 2-0....tapi malaysia harus menewaskan vietnam atau sekadar seri dengan vietnam bagi laluan ke final piala suzuki aff.... atas semangat malaysia boleh dan semangat juang yang ditunjukkan oleh anak didik K Rajagopal....dan juga semangat 50000 penyokong malaysia yang membanjiri stadium bukit jalil.....inilah semangat bola sepak yang semakin tinggi dalam kalangan rakyat malaysia....semangat bola dalam kalangan rakyat malaysia timbul setelah melihat senario yang melanda semangat bola sepak kelantan....pasukan yang dibarisi oleh pemain yang berbakat dan jurulatih yang berpengalaman telah menaikkan mutu bola sepak negeri kelantan...serta dibawah pentadbiran yang baru yang diketuai oleh Tan Sri Anuar Musa.....banyak pembaharuan yang dilakukan oleh beliau....ini membuahkan hasil yang lumayan kepada pasukan kelantan...dengan semangat yang tinggi skuad kelantan telah memenangi piala keagungan malaysia iaitu PIALA MALAYSIA setelah 89 tahun penantian....inilah kali pertama kelantan menjuarai piala malaysia.....
K Rajagopal telah mengembalikan semangat bola dalam kalangan rakyat malaysia.....
MALAYSIA BOLEH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Tuesday, December 14, 2010
pembinaan stesen minyak shell.....
setelah 10 bulan akhir siap jugak....setelah penat lelah dan pahit getir yang ditempuh oleh my father maka sebuah stesen minyak dapat didirikan......walaupun semua orang....modal bagi membina sebuah stesen minyak memerlukan lebih RM 2 million...bagi completekan semuanya...dari mula-mula pecah tanah hingga sampai hari penjualan minyak.....banyak pahit getir yang ditempuh oleh my father.....harapkan kawan tapi kawan makan kawan... ibarat kata 'harapkan pagar, pagar makan padi' itulah yang boleh disimpul bagi mengambarkan segala perbatan yang dilakukan oleh kawan my father....ditipu oleh kawan sendiri....yang mana sanggup lari walaupun stesen masih belum siap...tapi dengan berkat usaha dan doa siap jugak akhir nya......kawan....ape makna kawan.....?????
my father selalu menyebut....bukan senang nak senang....dan juga bukan susah nak susah.....fikir2 kan......so kawan???? ye lah ape boleh buat kawan ketika kita senang ramai yang ada......masa kita senang jugak mudah berkawan....tapi bila kesusahan yang datang...ramai kawan yang lari.....inilah dunia.....mencari kawan yang sejati sangat lah susah......yang mana susah senang bersama....kawan???????????/
walaupun my father ditipu....dengan berkat usaha dia berjaya....alhamdulillah....setelah arwah ibu pergi....anak-anak lah tempat bergantung....

| my family |
Sunday, December 12, 2010
kemalangan camry n kenari siapa yang menang.....................
inilah adat bagi sesiapa yang memandu kereta...tidak boleh lari daripada kemalangan....so hari ini kemalangan yang membabitkan kereta camry dan kenari yang berkesudahan dengan laporan polis dibuat bagi menyelesaikan masalah....nk kata drebar kenari b........h memang la...kita nk selesai cara yang baik...malas la nk buat2 report ni...xpasal2 kna saman jugak...n kena byar RM150.....tp sbanrnya rm300...jd diberi diskaun...nk kata bnyak 2 xla bnyak sngat yang kena...just bumper belakang je....yang kenari 2....tp punya bengap nya budak kenari......kita selesai cara baik...bapak gua dh nk baiki ape yang rosak...die xnk lg...memang b.......h la....so selesai la dengan cara buat laporan polis....
saya pulak lepas 2...dalam lepas asar....terbang terus ke hospital pakar perdana.....saja melawat atuk saya yang xbrapa sihat...so dalam kul 10 malam baru balik....
saya pulak lepas 2...dalam lepas asar....terbang terus ke hospital pakar perdana.....saja melawat atuk saya yang xbrapa sihat...so dalam kul 10 malam baru balik....
semangat kelantan.....gomo kelate gomo....
![]() |
| Piala Malaysia Piala keagungan Malaysia |
![]() |
| The Red Worrior.. |
tepat jam 11.50 malam tarikh 11-12-2010...kelantan telah menjuarai Puncak Piala Emas Raja-Raja 2010....
Kelantan muncul juara Kejohanan Puncak Piala Emas Raja-Raja 2010 Edisi ke-70 setelah mengalahkan Kedah menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi.
Penentuan juara terpaksa diputuskan menerusi sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan sehingga 120 minit perlawanan berlangsung.
![]() |
| skuad Piala Emas Raja-Raja |
Kejayaan menjulang piala malam tadi membolehkan Kelantan melengkapkan koleksi kejuaraan kali ke-13 setelah kali terakhir muncul juara dua tahun lalu. Sementara itu, kekalahan malam tadi juga menutup hasrat naib juara musim lalu, Kedah untuk menebus kekecewaannya dalam pentas final kali ini setelah gagal pada musim lalu.
Beraksi di hadapan hampir 10,000 penyokong setia sendiri, Kelantan yang mempertaruhkan gandingan penyerang muda Muhammad Ramzul Zahini Adenan dan Mohamad Aris Zaidi bagaimanapun gagal menonjolkan aksi terbaik sebaliknya kedua-dua pasukan lebih banyak mempamerkan aksi membosankan dengan gerakan yang serba tidak menjadi.
Seawal minit ketujuh, penyerang Kelantan, Muhammad Ramzul Zahini yang membawa masuk bola ke dalam kotak penalti sempat melepaskan rembatan namun diselamatkan pemain pertahanan Kedah sementara percubaan Khairan Eruan Razali pada m-15 terus kedakapan penjaga gol, Mohd Al-Hafiz Hamzah.
Selang dua minit kemudian, Mohamad Aris yang berjaya melepasi pemain pertahanan Kedah mencemaskan pintu gol pasukan pelawat namun rembatannya sekadar terkena sisi jaring sebelah kanan pintu gol Kedah.
Kedah yang mempertaruhkan gandingan Mohd Arfan Rashid dan Wan Mohd Asraf Wan Ali di bahagian serangan bagaimanapun kelihatan begitu sukar untuk menembusi benteng pertahanan Kelantan yang diketuai Sharudy Aziz.
Percubaan terbaik mereka hadir pada m-33 menerusi sepakan percuma Ahmad Fauzi Saari tetapi ditumbuk keluar Mohd Shahrizan Ismail manakala rembatan Mohd Fiqry Mohd Isa dua minit kemudian sekadar tinggi melepasi palang.
Babak kedua, Kelantan sekali lagi mempunyai peluang terbaik apabila Muhammad Ramzul Zahini melakukan hantaran lintang di depan pintu gol Kedah tetapi tidak ada rakan yang membantu walaupun pintu gol sudah ternganga.
Pasukan pelawat turut mempunyai peluang pada m-61 dan 67 menerusi sepakan percuma pemain gantian, Muhd Fairuz Hashim namun ketangkasan Mohd Shahrizan memastikan pintu gol Kelantan tidak dibolosi.
Minit-minit akhir perlawanan Kelantan turut mempunyai peluang untuk menjaringkan gol namun rembatan Ahmad Ezrie Shafizi Sazali dan Rosairil Asrol Mat Noor terus kedakapan Mohd Al-Hafiz yang turut beraksi cemerlang memaksa perlawanan berkesudahan tanpa jaringan.
Sementara itu, tempoh 30 minit masa tambahan juga gagal dimanfaatkan oleh kedua-dua pasukan untuk menjelmakan jaringan sebaliknya penentuan juara akhirnya terpaksa diputuskan menerusi sepakan penalti.
Penjaga gol, Mohd Shahrizan muncul wira pasukan Kelantan apabila menyelamatkan dua sepakan pemain Kedah iaitu Mohd Hazwan Zainun dan Wan Mohd Asraf Wan Ali mengakhiri impian Sang Kenari untuk memburu kejuaraan setelah kecundang dalam pentas final musim lalu.
Hadiah kejohanan disampaikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Nasuruddin Mohd Daud. Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir malam tadi ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM), Datuk Takiyuddin Hassan, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Afandi Hamzah, Pengarah Eksekutif Puncak Niaga Sdn Bhd, Datuk Hashim Mahfar dan Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah, Datuk Mahfudz Omar.
Sementara itu, pemain Kelantan, Rosairil Asrol Mat Noor diumumkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan akhir malam tadi.
sebagai anak kelantan saya berbanggan menjadi anak kelantan yang telah membukti kebolehan dalam arena bola sepak tanah air....
Kelantan Boleh......
Saturday, December 11, 2010
RM1.1 Juta Pasang Papan Keputusan Elektronik
KERAJAAN Negeri Kelantan meluluskan peruntukan RM1.1 juta untuk memasang papan keputusan elektronik bagi menggantikan papan keputusan sedia ada di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Su kan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata, papan keputusan elektronik itu dijangka akan dipasang tidak lama lagi dan boleh digunakan bermula tahun depan.
Menurutnya, pemasangan papan keputusan elektronik itu merupakan antara kemudahan baru yang disediakan untuk penambahbaikan stadium tersebut.
“Kerajaan Negeri Kelantan telah meluluskan peruntukan pemasangan papan keputusan elektronik itu sejak Oktober lalu dan kerja-kerja pemasangannya pula akan dilakukan tidak lama lagi,” katanya di Kota Bharu semalam.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihaknya juga masih menunggu maklum balas daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai keperluan- keperluan lain untuk menaik taraf stadium itu.
Katanya, kerajaan negeri melalui Perbadanan Stadium sedia mengadakan pembincangan dengan FAM dalam usaha meningkatkan kemudahan di stadium yang telah mencecah 50 tahun itu.
“Antara cadangan lain untuk penambahbaikan stadium itu ialah menambah bilangan tempat duduk di bahagian berbumbung.
![]() |
| stadium sultan muhammad IV..... |
“Kerja-kerja tersebut perlukan kajian yang rapi oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menjamin keselamatan penonton
result......
Ya allah berilah hamba mu untuk terus belajar....sekarang semua mahasiswa UiTM ada yang sedih....ada yang happy...dan ada jugak yang sedih pun ada happy pun ada...macam mana 2 ek....walauapapun kita semua mahasiswa....
so kepada kawan2 yang berjaya teruskan usaha anda...kepda yang x berjaya jangan putus asa......usaha lagi...mybe ini bukan rezeki kita yang tidak berjaya...'usaha tangga kejayaan'...don't give up...
tp bagi saya...sedih la jugak...coz sem depan pun ade jugak paper yang kena repeat...lagipun boleh dikatakan paper yang amat senang bagi semua mahasiswa UiTM...ini kerana bahasa pengantar bagi UiTM...dah la sem lepas ade yang kena repeat...tapi alhamdulillah lulus dengan baik...tapi insyaallah untuk sem depan saya akan cuba buat terbaik lagi....mudah mudahan kawan-kawan di UiTM akan berjaya...
so untuk sem depan kenalah belajar dengan kuat cikit...coz paper sem depan lagi mencabar...ya allah berilah hambamu ini petunjuk...
so kawan kawan yang berjaya tahniah....bagi yang kurang usaha lagi....teruskan usaha kita bagi membuktikan kita boleh....hanya kita yang mampu mengubah diri kita sendiri....
Berilah semangat bagi semua kawan-kawan ku di UiTM untuk terus berjaya bagi semester akan datang....
insyaallah...
GOOD LUCK My Friend.....
![]() | |||
| hargai masa muda.....tuntut lah ilmu |
![]() |
| UiTM dihatiku.... |
Menteri Besar Kelantan....
![]() |
| Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan |
Tahun Lahir: 1931
Tempat Lahir: Pulau Melaka
Status: Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak dan memperolehi 10
cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan).
cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan).
Kesemua anak-anaknya mengambil
jurusan agama sebagai pilihan utama.
jurusan agama sebagai pilihan utama.
Pendidikan:
- Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan). 1936
- Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
- Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
- Universiti Deobond, India 1952.
- Lahore, Pakistan Ilmu Tafsir Quran 1957.
- Universiti Al-Azhar, Mesir Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
- Universiti Al-Azhar, Mesir Sarjana Perundangan Islam.
Penguasaan Bahasa:
- Melayu
- Inggeris
- Tamil
- Urdu
- Arab
Pekerjaan:
- Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
- Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
- Penyelia Kelas Dewasa KEMAS.
- Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.
Politik:
- 1967 Daftar sebagai ahli PAS.
- 1967-1969 -Pilihanraya Kecil Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
- 1969-1974 – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
- 1974-1978 – Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen
- Pengkalan Chepa).
- 1978-1982 Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
- 1982-1986 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
- 1986-1990 Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.
- 1990-Sekarang Menteri Besar Kelantan.
Kesimpulan Jawatan Politik:
- 19 Tahun Sebagai Ahli Parlimen.
- 4 Tahun Sebagai Ahli DUN.
- Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Menteri Besar Kelantan
rantau panjang...........
![]() |
| pintu keluar dari kawasan bebas cukai rantau panjang.... |
Rantau Panjang merupakan pekan kecil di tepi sempadan Malaysia dan Thailand. Sempadan antara kedua-dua negara hanyalah sebatang sungai, Sungai Golok.
Terletak kira-kira 45 km dari Kota Bharu, Rantau Panjang merupakan sebuah tempat yang terkenal dan sentiasa menjadi tumpuan ramai. Ia terkenal dengan pelbagai barangan jualan dan cenderahati.
![]() |
| suasana perniagaan..... |
Rantau Panjang juga merupakan salah satu pintu masuk ke Malaysia dari negara Thai. Perkampungan ini dinamakan sempena susun atur perumahan panjang yang dibina semasa pembinaan landasan keretapi di selatan. Rantau Panjang membawa maksud ‘perjalanan pencapaian yang panjang/lama’.
Kemajuan Rantau Panjang disokong oleh aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh penduduk sekitar. Rantau Panjang merupakan kawasan bebas cukai yang boleh dikatakan famous bagi pelancong luar dan dalam negara. Pelbagai jenis barangan yang di jual di kawasan ini. dari makanan hingga perkakas rumah.......
![]() |
| pelbagai barangan yang di jual di kawasan ini... |
Boleh dikatakan setiap Rantau Panjang menjadi lokasi bagi setiap pelancong yang datang ke Kelantan. Sekarang waktu musim cuti sekolah....so ramai pelancong luar datang untuk shopping ape yang patut di sini...
![]() |
| kenangan bersama kawan UiTM........ |
Friday, December 10, 2010
sehari di hospital pakar perdana....
![]() |
| perbincangan keluarga |
![]() |
| perbincangan yang dilakukan bersama |
![]() |
| jom makan mcD di wakaf cek yeh |
Kerana - Razzi Rahman & Irfan Khairi (untuk nurliyana ismail)
Kehadiran mu
Bagaikan pelangi pagi
Yang mewarnai hati ini
Kelembutan mu
Mencorakkan hidup ini
Kerana kasihmu abadi
Bridge
Hebatnya cinta
Hingga akhirnya
Sampai ke tua
Kita berdua
Chorus
Kerana ku tak mahu
Terus hidup tanpa mu
Kerana ku tak mampu
Bernafas tanpa mu
Kerana ku tak mahu
Rindukan pelukanmu
Kerana tak mampu ku
Berjauh dengan mu
Thursday, December 9, 2010
Apa dah jadi sekarang ni.....cerai2........
Sejak akhir-akhir ini kes cerai dikalangan pasangan suami isteri di Malaysia semakin meningkat. Kalau di kaca-kaca televisyen, ada sahaja kes cerai yang timbul. Daripada khabar angin sehinggalah ianya menjadi realiti. Lebih-lebih lagi, kes cerai dikalangan artis Malaysia yang semakin meningkat secara mendadak.
Biasalah artis, apa sahaja yang berlaku terhadap mereka sentiasa jadi tumpuan. Walaubagaimanapun, kes cerai di Malaysia bukan sahaja banyak berlaku dikalangan artis semata, malah statistik kes cerai di Malaysia secara umunya semakin meningkat.
Memang betullah cakap-cakap mengatakan :
Ini semua adalah takdir, samada jodoh pasangan mahupun kes cerai yang berlaku adalah takdir. Tetapi yang menjadi persoalan sekarang, sebab-musabab sehingga terjadinya sekarang lambakan kes cerai yang semakin meningkat.
Kalau pada tahun 2002, setiap pasangan yang mendaftarkan pernikahan mereka hanya membabitkan 1 kes cerai sahaja. Itu nisbah penceraian 7 tahun lalu. Dan….angka tersebut semakin meningkat, apabila pada tahun lalu (2009), statistik kes cerai meningkat setiap 6.1 pasangan yang mendaftarkan pernikahan mereka bersamaan 1 kes cerai. Ini yang merisaukan masyarakat sekarang. Di mana silapnya?
Jumlah perkahwinan juga semakin meningkat iaitu sebanyak 21 peratus(153,318 ke 199,586) yang mana statistik direkodkan daripada tahun 2002 hingga tahun 2009. Malangnya jumlah perceraian juga seiring dengan jumlah perkahwinan apabila turut naik sebanyak 105 peratus (16,013 sampai 32,763 kes cerai) selama tempoh yang sama. Sebahagian besar pasangan muda yang bercerai berusia 20-an atau 30-an
Jabatan Pendaftaran Negara merekodkan kes cerai dikalangan orang bukan Islam :
2,706 kes cerai pada tahun 2002
5,647 kes cerai pada tahun 2009.
Setakat, 7 bulan yang pertama untuk tahun 2010, sudah ada 7,428 kes cerai
Jabatan Pendaftaran Negara merekodkan kes cerai dikalangan orang Islam :
13.937 kes penceraian pada tahun 2002
27,116 kes perceraian pada tahun 2009
P/S : Jadi persoalan sekarang, di mana silapnya? Mengapa kes cerai di Malaysia semakin meningkat?

Harga minyak....ape yang dijanjikan.....
Dalam kata harga minyak RON 95 tak akan naik untuk tahun 2010 ini, akhirnya tepat pada tengah malam 4 Disember, harga minyak RON 95 dinaikkan sebanyak 5 sen iaitu dari harga RM 1.85 kepada RM 1.90. Apakah alasan kerajaan kali ini?
Alasan kerajaan kali ini adalah untuk memudahkan pengiraan subsidi.Ya, itulah di antara alasannya untuk kenaikan minyak RON 95 ini. Sungguh tidak kami sangka, untuk memudahkan kerajaan, kerajaan sanggup menyusahkan rakyat sekali lagi. Mungkin bagi mereka yang “berduit”, tidak akan terasa kenaikan sebanyak 5 sen, namun perlu diingat, kenaikan harga minyak akan menjadi alasan utama peniaga untuk menaikkan harga barang.
Yang paling dikesalkan , adalah janji kerajaan yang mengumumkan tiada kenaikan untuk minyak petrol RON 95 untuk tahun ini pada 4 November, genap sebulan mereka memungkiri janji. Ibarat macam janji Hitler kepada Stalin. Tidak boleh diambil serius 100%. Apabila mereka katakan tiada kenaikan, bermakna ia akan berlaku sebaliknya.
Nasihat kami, sekiranya tidak boleh melaksanakan janji, jangan membuat kenyataan terlebih dahulu.Ini bukan sekali dua terjadi. Kami tidak faham mengapa kerajaan begitu berani menipu secara terang-terangan dalam isu ini. Mungkin mereka ingat rakyat tidak pernah peduli dan tidak cerdik.
Mungkin isu ini nampak kecil di mata anda, namun sebenarnya, ia mempunyai kesan terhadap keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang memerintah sekarang ini.Cubalah kembalikan keyakinan rakyat.Ingat kembali slogan anda, Rakyat DiDahulukan, Pencapaian Diutamakan. Jangan hanya menjadi perkataan tanpa makna.

dinner shell 2010.....glamour nite site staff
tarikh 29-11-2010 merupakan tarikh yang boleh dikatakan penting bagi staff setiap stesen Shell di kelantan. Malam yang penuh glamour bagi staff Shell yang mana pada malam itu pakaian yang bertemakan ala-ala mat salleh. Sungguh menawan semua staff shell yang datang. pelbagai acara diadakan pada malam itu....macam-macam anugerah yang disampaikan. pelakon paling teruk, pelakon datang lambat, pengarah yang kedekut dan macam-macam lagi. majlis diserikan dengan kehadiran pengurus besar pantai timur, puan mas tina. dan pengurus bagi negeri kelantan, encik hafiz, bagi shell beris 10 orang yang hadir, muiz, rizuan, abe we, farhan, naim, k.long, k.ngah, mimi, mira dan abah....sungguh meriah majlis glamour nite site staff....antara artis jemputan yang hadir.....Dato' Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Sean Kingston, Dato' M.Daud Kilau, Mas Idayu.....memang best sangat....hamper disediakan bagi cabutan bertuah.....majlis berakhir sekitar jam 12 malam.....hotel renaissance menjadi lokasi kali ini....hotel yang boleh dikatakan famous jugak kat Kelantan.....
Subscribe to:
Posts (Atom)