Salam 2 Januari 2013,
Tahun ini genaplah 51 tahun umur zilailah bt yusoff...insan yang dilahirkan pada tanggal 2 Januari 1962 di kg tanjung che mas, tumpat. lahirnya insan ini memberi pelbagai suka duka kepada kehidupan beliau dan juga keluarga. Kini beliau sudah pergi buat selama-lamanya bertemu ilahi.
Tuhan lebih sayakan dia, dia tinggalkan harta yang paling berharga iaitu anak-anak beliau hasil perkahwinan dengan insan yang bernama sa'ari bin mahmood, beliau dikurniakan 5 orang cahaya mata, noraihan yang sulong, naim dan nurul ain si kembar dan yang kedua,syamimi yang ketiga dan nurfatin yang bongsu. sekarang mereka semua sudah mengerti apa itu kepedihan, kesedihan , kerinduan dan kasih sayang.
beliau adalah seorang wanita yang banyak membantu keluarga, tanpa usaha penat beliau dan suami, mungkin sukar bagi kami untuk menikmati kehidupan seperti ini sekarang. jasa dan keringat beliau curahkan untuk diberi kepada kami semua. untuk melihat kami semua senang.
setiap yang hidup pasti akan mati, dari tanah kita datang kepada tanah kita kembali, in shaa allah semoga allah SWT mencucuri rahmat keatas ibu ku..zilailah bt yusoff...sekarang aku sudah tamat diploma..yang mana hasrat beliau untuk melihat sakah seorang anaknya berjaya dalam ilmu pengajian.in shaa allah akan aku buktikan...perjuangan masih jauh....
dengan usaha beliau dan suami kami sekeluarga hidup dalam keadaan yang senang. tanpa usaha beliau dan suami kami tidak mungkin dapat menikmati kesenangan yang beliau usahakan dengan penat dan lelah. in shaa allah akan kami semua teruskan legasi perjuangan ibu...
kami rindukan pelukkan mu, nasihatmu, ketawamu, marahmu, senyummu, nasihatmu, kami sekeluarga rindukan semua itu....tuhan lebih sayangkan ibu...
saya amat merindui mu ibu....
kasihnya seorang ibu terhadap kita....
ibu akan korbankan apa sahaja untuk kita...
dia adalah cikgu kita...
yang mengajar kita akan kehidupan...
No comments:
Post a Comment