Thursday, December 9, 2010

Apa dah jadi sekarang ni.....cerai2........

Sejak akhir-akhir ini kes cerai dikalangan pasangan suami isteri di Malaysia semakin meningkat. Kalau di kaca-kaca televisyen, ada sahaja kes cerai yang timbul. Daripada khabar angin sehinggalah ianya menjadi realiti. Lebih-lebih lagi, kes cerai dikalangan artis Malaysia yang semakin meningkat secara mendadak.

Biasalah artis, apa sahaja yang berlaku terhadap mereka sentiasa jadi tumpuan. Walaubagaimanapun, kes cerai di Malaysia bukan sahaja banyak berlaku dikalangan artis semata, malah statistik kes cerai di Malaysia secara umunya semakin meningkat.

Memang betullah cakap-cakap mengatakan :

Ini semua adalah takdir, samada jodoh pasangan mahupun kes cerai yang berlaku adalah takdir. Tetapi yang menjadi persoalan sekarang, sebab-musabab sehingga terjadinya sekarang lambakan kes cerai yang semakin meningkat.

Kalau pada tahun 2002, setiap pasangan yang mendaftarkan pernikahan mereka hanya membabitkan 1 kes cerai sahaja. Itu nisbah penceraian 7 tahun lalu. Dan….angka tersebut semakin meningkat, apabila pada tahun lalu (2009), statistik kes cerai meningkat setiap 6.1 pasangan yang mendaftarkan pernikahan mereka bersamaan 1 kes cerai. Ini yang merisaukan masyarakat sekarang. Di mana silapnya?



Jumlah perkahwinan juga semakin meningkat iaitu sebanyak 21 peratus(153,318 ke 199,586) yang mana statistik direkodkan daripada tahun 2002 hingga tahun 2009. Malangnya jumlah perceraian juga seiring dengan jumlah perkahwinan apabila turut naik sebanyak 105 peratus (16,013 sampai 32,763 kes cerai) selama tempoh yang sama. Sebahagian besar pasangan muda yang bercerai berusia 20-an atau 30-an

Jabatan Pendaftaran Negara merekodkan kes cerai dikalangan orang bukan Islam :

2,706 kes cerai pada tahun 2002
5,647 kes cerai pada tahun 2009.
Setakat, 7 bulan yang pertama untuk tahun 2010, sudah ada 7,428 kes cerai
Jabatan Pendaftaran Negara merekodkan kes cerai dikalangan orang Islam :

13.937 kes penceraian pada tahun 2002
27,116 kes perceraian pada tahun 2009
P/S : Jadi persoalan sekarang, di mana silapnya? Mengapa kes cerai di Malaysia semakin meningkat?

No comments:

Post a Comment