Saturday, December 11, 2010

rantau panjang...........

pintu keluar dari kawasan bebas cukai rantau panjang....
Rantau Panjang merupakan pekan kecil di tepi sempadan Malaysia dan Thailand. Sempadan antara kedua-dua negara hanyalah sebatang sungai, Sungai Golok.
Terletak kira-kira 45 km dari Kota Bharu, Rantau Panjang merupakan sebuah tempat yang terkenal dan sentiasa menjadi tumpuan ramai. Ia terkenal dengan pelbagai barangan jualan dan cenderahati.
suasana perniagaan.....
Rantau Panjang juga merupakan salah satu pintu masuk ke Malaysia dari negara Thai. Perkampungan ini dinamakan sempena susun atur perumahan panjang yang dibina semasa pembinaan landasan keretapi di selatan. Rantau Panjang membawa maksud ‘perjalanan pencapaian yang panjang/lama’.
Kemajuan Rantau Panjang disokong oleh aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh penduduk sekitar. Rantau Panjang merupakan kawasan bebas cukai yang boleh dikatakan famous bagi pelancong luar dan dalam negara. Pelbagai jenis barangan yang di jual di kawasan ini. dari makanan hingga perkakas rumah.......

pelbagai barangan yang di jual di kawasan ini...
Boleh dikatakan setiap Rantau Panjang menjadi lokasi bagi setiap pelancong yang datang ke Kelantan. Sekarang waktu musim cuti sekolah....so ramai pelancong luar datang untuk shopping ape yang patut di sini...

kenangan bersama kawan UiTM........

No comments:

Post a Comment